Pusat Jaringan Universiti-industri (UIL), Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah sebuah pusat yang memainkan peranan penting dalam mentadbir program praktikum bagi pelajar-pelajar UUM yang melibatkan pencarian penempatan yang bersesuaian dan releven dengan industri, dalam dan luar negara. Ia juga bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar meningkatkan kemahiran insaniah mereka.
Salah satu usaha UIL dalam membantu pelajar mencapai kemajuan dalam kerjaya adalah melalui usaha-usaha memperkenalkan program-program keusahawanan sebagai kerjaya pilihan pelajar. Keusahawanan dilihat sebagai salah satu pilihan yang menjanjikan pulangan yang lumayan jika ia disempurnakan dengan cara yang betul dan usaha yang gigih.
Bermula dengan program Usahawan Muda dan Usahawan Tani pada tahun 2009, UIL meneruskan langkah dalam tahun 2010 mencari bakal usahawan muda di kalangan pelajar UUM menerusi Program Usahawan Graduan Cemerlang (u-GRACE).

0 komen anda:
Post a Comment